Selamat petang korang!!! (effect tangan lambai2)
Hari ni nak update pasal Churros ni.. Bukan ape, time petang-petang cenggini, aku ade satu penyakit iaitu penyakit kelaparan. (^_^) hehe.. Penyakit ni makin menjadi-jadi pulak sejak pegang tittle penganggur terhormat ni.. Hancurlah harapan nak selim-melim kalau cenggini la gayanye..
Ok.. Tutup cerita pasal tu. Alkisahnya, ada satu hari tu aku tertengok kawan aku upload gambar churros ni. Then, terpaut la hati aku melihatkan churros tersebut bagai melambai-lambai kat aku (haha..over tau). So, time tu jugak aku terus search resepi churros ni.. Rupenye simple tahap kunyit kenyit mata je nak buat bende alah ni.
Lepas tu, terus aku pergi dapur, dengan semangat waja untuk menerai (abaikan aspek penggunaan bahasa aku ni) buat churros ni. Alhamdulillah, jadi la jugak. Walaupun tak sehebat chef selebriti buat. Hahaha (*_*).. Kalau korang nak try, boleh follow resepi dan step kat bawah ni.
Bahan-bahan :
1 cawan air masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu butter/marjerin
1 biji telur
1 sudu gula
garam secukup rasa
esen vanilla (takde pun xpe)
Piping Bag
Nozle bentuk bintang
Piping Bag
Nozle bentuk bintang
Cara-cara :
1. Panaskan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan butter/ marjerin.
2. Kemudian masukkan gula, garam dan esen vanilla.
3. Guna api perlahan. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau supaya tepung tak berketul.
4. Padamkan api. Masukkan telur yang dipukul terlebih dahulu.
![]() |
| Korang akan dapat hasil macam ni. Lepas tu bila dah sejuk, aku uli sikit pakai tangan. |
5. Then masukkan adunan dalam piping bag dan guna nozle bentuk bintang. Susun la elok-elok atas dulang. And, kalau korang rajin, boleh la buat bentuk hati ke,ape ke. Macam aku yang baru nak buat ni, aku biar je dia straight macam tiang bendera. Hahaha (*_0)
![]() |
| Ngee... Aku buat jadi kurus la pulak churros ni. |
6. Then, panaskan minyak and goreng churros ni guna deep fry (ongputeh sangat taw). Goreng sehingga kekuningan.
7. Taraaa!!!! dah siap.. Korang boleh tabur gula atas churros ni. Cicah coklat pun sedap jugak.
![]() |
| Yang ni aku letak coklat sikit. Sebabnya anak menakan yang sorang tu demam. So nak bagi dia makan, aku letak la coklat sikit. |
![]() |
| Yang ni untuk mak budak. Haha.. Tabur gula halus sikit. Makan petang-petang sambil hirup milo panas. Pergh..!! Heaven.. |
At last, berjaya jugak aku buat churros ni. Adik aku suka. Haha..
So, apa lagi?? Try la. Thanks la encik google sebab tolong aku. Ngeh3x
Bye Korang.. Till we meet again. (gediks sangat taw..hew2x..)





.png)
No comments:
Post a Comment