Thursday, October 16, 2014

DIY bunga crepe paper versi bunga2 cinta


Fuhhh!! fuhhh!!!
(Mulut muncung tiup habuk)


Lama sangat tak update blog ni.. Sampai dah berhabuk 5inci (ok..itu tipu je). Hehehe
Setelah beberapa bulan berjaya menamatkan pengajian..maka iollss dah berjaya juga menggalas jawatan sebagai penganggur terhormat untuk waktu dan ketika ini.. Memang sadis dik non oi..

Setakat ni duduk kat rumah je lah.sambil menternak lemak2 yang ada ni ha.. Ngeh3x.
So..disebabkan mengalami keboringan yang maha dasyat semenjak menjadi penganggur ni.. Iollss pun cuba2 mengasah kekreatifan dan kelembutan jari mulus gebus gebas ini dengan DIY bunga daripada kertas crepe ni..

Bukan ape..kot2 la nanti nak menamatkan zaman single mingle ni..boleh la iollss diy bunga telur sendiri kan.. Jimat sikit. Hehe..

Ok..sebenarnya senang je nak buat bunga crepe ni.. Yang penting rajin dan sabar. Kalau tak sabar..takot2 ada yang kene darah tinggi setinggi gunung Kala Patar pulak nanti.. Chingg.. Iollss gurau je..

Yang mana nak mencuba buat bunga crepe ni, boleh la jengok2 entry iollss ye..
Tp iollss cik ungu lavender ni pun idak le expert mane.. Setakat nk cari makan tu boleh la..
 Korang boleh follow step kat bawah ni.

Bahan2 yang korang pelukan perlukan :


kertas crepe
(boleh juga gunakan tisu)

gunting/pisau

dawai bunga

cutter

 step 1
korang lipat kertas crepe ni jadi beberapa bahagian
ikut saiz bunga yang korang nak
kalau nak bunga besar sebesar gajah. lipat kepada 4 bahagian
kalau nak kecik sikit.. lipat 5 bahagian
macam tutorial ni, iollss lipat 5 bahagian

step 2
lepas dah lipat tu
gunting kertas crepe tu
korang akan dapat beberapa helai kertas crepe bentuk segi empat tepat
macam kat atas ni


 step 3
ambil 4 helai kertas crepe
lagi banyak korang letak
lagi kembang mekar la bunga crepe korang
then..
susun elok2 biar sama cantik sama padan
bagai pinang dibelah dua
Ching.. suka la tu


step 4
then..
korang lipat kertas crepe tu
lipat macam nak buat kipas
korang tau kan?
ala..kecik2 dulu mesti selalu buat


step 5
then..
korang ikatkan dawai bunga dekatbahagian tengah kertas crepe
jangan panjang sebelah pulak
nanti tempang pulak bunga2 cinta korang tu


step 6
potong/gunting bahagian hujung kertas crepe
ikut korang la..nak potong bujur ataupun tajam


step 7
tarik secara lemah lembut penuh kesopanan
sehelai demi sehelai kertas crepe tu ye
bahagian ni memerlukan korang bersabariah sikit
huhu


step 8
tara....!!!
lepas tarik kertas crepe tu sampai habis
korang akan dapat hasil macam ni
(maaf la kalau bunga2 cinta iollss tak menarik)


Haa...
senang je kan nak buat crepe paper flower ni
yang penting, bawak bersabariah.. hew3x

Sebelum iollss tutup entry kali ni,
nah!!
belanje sikit hasil DIY iollss ini



 Good Luck korang...
semoga berjaya men'diy'kan diri anda

...(^_^)...




No comments:

Post a Comment