Thursday, May 16, 2013

Drama...Drama...Drama...


Sebelum mulakan entry kali ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di muka bumi ni. Terutama sekali guru yang pernah bersusah payah mendidik aku zaman sekolah dulu, hingga aku menjadi aku yang sekarang. Cikgu di Sekolah Rendah Felda Lepang Nenering dan juga di Sekolah Menengah Tun Saban terutama sekali Cikgu Mohamad, terima kasih yang tak terhingga. I Love You All.. (^_^) hehe.

Ok. Selesai. Kita mulakan cerita untuk hari ni. Cerita apa?? Sila rujuk pada tajuk ok. Haha..

Minggu ni agak stress aku rasa. Sebabnya, team aku akan buat pementasan teater. Berdebar rasa. Dup...dap...dup...dap... dada ni ha.. Ye lah, tinggal dua hari je lagi nak dipentaskan. Pementasan yang hanya dalam dua jam, tapi kerja keras tu dah tiga bulan.

Ni la teater kami
"JEJAK PAHLAWAN"
Sepanjang tiga bulan latihan, macam-macam yang dah kami lalui. Susah senang kami sama-sama. Pengalaman tu yang paling berharga. Di bawah ni aku selitkan momen-momen indah sepanjang kami berlatih.

askar-askar yang comel belaka
 yang berjanggut dan bermisai  tu Kamil namanya
orang suruhan ketua kampung

Pak Awang...
pemenang anugerah bintang popular (",)


Molok & Goncai melanyak Bakar

Haa..yang ni baru part aku
"LIGHTING"

Oh sistem..berbaiklah dengan kami Sabtu nanti
biarlah lancar semuanya

Tapi aku akui, bukan mudah untuk bekerja dalam kumpulan. Kita bawa nama satu produksi. Rabak sisi kirinya, nampak cacat satu baju. Itu kiasnya. Hanya satu kunci yang perlu kita genggam... KERJASAMA atau dalam bahasa Inggerisnya TEAMWORK. Kalau tak ada kerjasama, benda mudah pun boleh jadi susah. Inikan pula benda  rumit macam ni.

Gelak tawa, tekanan, sedih, susah senang semua sepanjang tempoh ini adalah satu anugerah. Pengalaman tu...bukan mudah untuk kita perolehi.

Mohonnya, pementasan ini nanti berlangsung dengan jaya.

JEJAK PAHLAWAN...
KEHILANGANNYA DITANDAI PUSARA NAN SATU
KEMBALINYA MENGUNGKAP RAHSIA YANG TERBUKU







3 comments:

  1. Baca moment ni wlupun saye xde, hehehehee......buatkan saye sayu. Semuanya dh berakhir n menjd kenangan. Bile tgk gmbr2 ni dgn lagu yg sayu tmbh2 lg dgn bunga2 yg gugur ni buatkn hati ni lg sebak. Seriously Safiah terharu dgn ukhwah antara kita. X pernh selama ni join satu2 projek yg tingglkn ksn yg bgtu mendlm mcm JP. Safiah rasa selesa n dekat dgn keluarga JP. X mcm group2 fb yg Safiah pernah join sblm ni. X keterlaluan utk Safiah katakan Safiah bersyukur sgt2 jd sebahagian keluarga JP n kita dpt sama2 dlm 1 team. Allah telah plh kita utk bersama. Alhamdulillah3x. Sampai ke ari ni ape yg berlaku selama 3 bln ni msh terbyg2 kat mata ni. Segala penat lelah kita, gelak tawa, gurau senda, tekanan semuanya jelas telayar mcm tgk montaj.....huhuhuhu
    X bleh trskn lg penulisan saya krn terlalu sebak. cantik blog awak. hehehe
    :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sayang kamu..hrap smpai bile2 ikatan persudaraan antara kite tetap kekal begini..walaupun JEJAK PAHLAWAN dah jadi kenangan

      Delete