Thursday, May 23, 2013

Hipokritkah???


Terdetik di hati ini, kenapa ada yang sanggup jadi hipokrit. Di depan, dialah yang paling baik. 
     "Eh..salah tu."
"Aku tak buat benda-benda macam tu."

Walhal...di belakang, nampak sumbang langkahnya. Pandai kau nasihatkan orang, sedangkan aku tahu apa kau buat.
Jelas!!! Tak perlu nak selindung.

Tak salah kalau mahu menasihati. Sungguh, sebaliknya itu yang paling mulia. Menasihati antara satu sama lain. Berpesan-pesan dalam menyampaikan kebenaran.

Tetapi, andai yang disampaikan tidak seiring dengan yang dilakukan. Lebih baik berdiam. Jangan lancang berbicara. Malu!!! 

Hiasan semata-mata

Prinsip aku...Biar orang nampak khilafnya aku, daripada aku mencanang baiknya diri. Kerana itu lebih  baik. Meski kadang ada juga lalainya aku dalam mengingatkan diri.

Mungkin tiap bicara aku tidak serius, tak boleh diharap pada fikirnya..Namun, kadang aku lebih suka jadi  pemerhati. Lihatkan peri lakunya mereka yang dikeliling.

Ketawa aku tiap masa. Tapi tiba masa seriusnya, aku jadi pemikir. Peduli!!!

Pesan aku, bicara itu perlu lihatkan juga pada diri sendiri. Yang aku tahu, tiap dari kita ada compang campingnya. Senyap...kita tampalkan. Jangan riuh...nanti bertambah luasnya.

     Sempurna??? Jauh sekali kita. Jadi..Sedar diri.


#PS : Percayalah, untuk menjadi seorang yang sempurna itu adalah sesuatu yang mustahil. Kerana apa?    Kerana kesempurnaan itu hanyalah milik-Nya. Sebagai seorang hamba-Nya, harus kita akui bahawa diri kita ini kekurangan daripada segala segi. Lebih kita di sini, di sana kita kekurangan. Megah kita di sana, di sini pula kerdil yang dirasakan. Itu lumrah kita sebagai manusia. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk kita kekal di takuk yang sama. Berusahalah untuk menghampiri kesempurnaan. Sekurang-kurangnya kita menuju ke arah yang lebih baik, di sisi-Nya.




No comments:

Post a Comment