Friday, April 19, 2013

Teknologi Oh Teknologi...

Dunia sekarang...bukan main hebat teknologinya. Kalau dulu, nak guna handphone ni, susah ya amat. Budak-budak sekarang, sekolah rendah pun dah ada handphone sendiri. bukan calang-calang pulak tu. Pakai ipad, tab, senang kata semua dah pakai touch screen.

Aku dulu, tunggu dapat result PMR gempak (walhal tak ada la gempak mane pun) baru dapat handphone. Itu pun yang biase saje. Tak ada kamera segala bagai. Bunyi pun monofonik je. Macam ni ha...
ini pun dah cukup bangga waktu tu

Siap ada game lagi. Bantumi, snake dan yang sewaktu dengannya. Cuba tengok sekarang, handphone spesis macam ni, dah jadi barang antik. haha. Bak kata abang aku, dah layak masuk muzium.

Teknologi sekarang... canggih. Semuanya dihujung kuku jari je. Cakap je kau nak ape...Tap..tap..tap.. Haa..kau dah jumpa. Kan canggih tu. Satu dunia kau boleh tau. Setakat nak tengok konsert si PSY oppa gangnam style tu, tak perlu kau berhabis duit terbang ke Korea nun, search saja pada google. Live depan mata jugak kau tengok. Siap boleh ulang-ulang lagi.

Teknologi sekarang... canggih. Setakat nak bersembang dengan kengkawan, beribu batu jauh pun tak ada masalah. Wechat kan ada. Facebook? Tak usah kata laa. Majoriti dari yang kecik sampai la yang tua veteran, mesti ada akaun facebook. Kalau dulu, guna email je. Nak maju sikit, guna friendster. Tu pun, limit sangat fungsinya. 


Tu lah... dalam masa beberapa tahun saja, macam-macam dah berubah. Ni baru tengok teknologi. Fesyen... cara hidup... culture... sama je nasibnya. Berubah. Yang berevolusi ke arah lebih baik tu, Alhamdulillah. Yang ke laut tu, apa ceritanya??? Sedikit sebanyak... teknologi yang menyumbang puncanya. Anak muda kita, hiburan yang dicari..terjebak sana sini. 


Hai...Entahlah... 

#Ps : Aku pun muda jugak. haha. Ada baiknya teknologi ni, yang aku risaukan... orang salah gunakan    teknologi yang ada je.. 



No comments:

Post a Comment