Monday, April 22, 2013

Angan dan DSLR

Assalamualaikum... =)

petang-petang minum kopi.
kopi dibawa dari Goa,
apa khabar hari ini,
harap-harap sihat semua...

Hehehe...terasa nak berpantun pulak petang-petang macm ni. Dulu zaman sekolah, join pertandingan pantun, itu yang teringat tu. INI SEMUA POYO!!!!!

Bercakap pasal angan-angan ni, aku percaya semua orang ada angan-angan kan?? Aku berani kerat kuku kalau korang kata korang tak ada angan-angan mahupun berangan-angan. Ok...kalau nak rasa sedap sikit bunyinya, aku sebut impian la ye. Baru sedap mata memandang dan telinga mendengar kan?

Macam aku ni, tak de lain dah... Satu benda je yang aku nak sekarang ni. Tak lain tak bukan... DSLR sebijik. Haha..Tapi buat masa sekarang belum mampu lagi. Banyak lagi cabang-cabang keperluan asas yang perlu aku utamakan.

Agaknye sebab aku ni suka tengok pada keindahan alam kot. Jadinya aku nak abadikan setiap keindahan dan juga kesempurnaan kejadian Allah ni dalam gambar. Boleh aku tengok selalu. Baru sejuk mata dan hati.

Sangatlah aku jeles bila tengok orang lain snap pemandangan yang cantik.  Membuak-buak juga perasaan ni nak ambik gambar macm tu. Itu jugak la hobi aku. Asal aku rasa kagum dengan keindahan alam, automatik tangan aku nak mengambil gambar. semestinya, taklah macam photographer profesional hasilnya.

Tapi ye lah kan.. Benda macam ni kena ada bakat jugak. Kadang-kadang tu, benda yang kita nakpak huduh  tak menarik, tapi orang-orang yang ada bakat atau jiwa seni ni, boleh jadikan benda tu nampak cantik.
DSLR oh DSLR... Nantikan saja kehadiran aku dalam dunia kamu... hew3..

Nak jadi photographer la kononnye...

Kat sini aku kongsikan sedikit hobi dan jugak angan-angan aku ni...


 Pantai BNO, Selangor.


Yang ni... Home sweet home =)
ambil masa bercuti

 Sunset...
wiwiiiwiwii 

cengkerang tu paling aku suka


...lonely...

 mereka mencari rezeki

Purple...! 

UPSI dihatiku... hehe

#ps : Sila abaikan tong sampah di atas

Tanjong Malim
Dah macam rumah hantu kata sahabat aku


#PS : Walaupun angan-angan... tapi aku akan usaha untuk jadikan ia satu kenyataan... Chayook!!! angan-    angan aku bukan angan-angan Mat Jenin..

No comments:

Post a Comment