Tuesday, April 3, 2012
Perjalanan Hidup Ini
Sepanjang meniti perjalanan hidup ini, ada pelbagai cerita yang terlakar di minda. Adakala memori yang kita cipta itu indah bagai kejora. Bagai terasa diawangan saat membuai segala kenangan.
Adakala, memori yang tercipta itu, umpama sembilu menusuk pedih, menggugat sanubari yang kian letih. Namun segalanya adalah satu rentetan kehidupan sebagai seorang manusia kerdil yang berkelana meneroka dan menulusuri perjalanan menuju yang abadi.
Kenikmatan, kebahagian dan kesenangan adakala menjadi fatamorgana yang melontarkan jiwa kontang ke lembah paling dalam, kelam. Kesakitan, kepedihan juga kesengsaraan yang disangka penamat sebuah cerita, hakikatnya menjadi benteng dari petaka.
Andai ditafsir dengan rasa, hidup ini dikatakan syurga segala, dunia ini medan untuk mngecap segala. Renunglah dengan hati, singkaplah segala hijab yang mengaburi. Hidup ini adalah satu ekspidisi, dalam mencari redha Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment