andai dalam leka
ada hati yang terluka
maafkanlah
andai dalam leka
aku jadi manusia yang alpa
maafkanlah
andai dalam leka
ada jiwa menjeruk rasa
maafkanlah
kerana kadangkala
ianya terjadi tanpa diduga
kerana kadangkala
tanpa sedar ia mengundang nestapa
jangan ada sengketa
yang menjarakkan kita
kerana ikatan yang terbina
mengikat kita selamanya

No comments:
Post a Comment