Salam Ramadhan semua...
Sekarang kita semua sudah berada di sepuluh malam terakhir bulan yang penuh barakah ni. Dalam pada kita sibuk membilang hari untuk menyambut hari raya, jangan pula kita lupa, ibadah puasa yang masih berbaki beberapa hari saja lagi perlu disempurnakan. Jangan sibuk nak buat kuih raya je taw!!!
Pejam celik pejam celik, dah jauh masa berlalu. Terasa sekejap je. Dalam tak sedar, sudah tiga minggu cikgu berada di tanah Sayong ni. Ehem-ehem...
CIKGU!!!!!
Over pulak rasanya. Hehehe.
Minggu ni merupakan minggu ketiga aku menjalani latihan praktikum di sini. Di sini tu dimana?
(^_^) cer tengok kat bawah ni...
![]() |
| sekadar gambar hiasan(lepas gian membuang habuk kat photoshop ni ha) |
Setakat ini, alhamdulillah. Guru-guru di sini semuanya baik-baik. Mesra dengan kami yang baru bertatih dalam profesyen perguruan ni.Ye lah..dah namanya guru pelatih, masih banyak compang-campingnya. Mujur banyak yang sudi membantu, tak lokek menghulur ilmu.
![]() |
| Ni buku rujukan untuk mengajar murid-murid tingkatan satu. Sangatlah aktif mereka ni. Berebut nak jawab soalan. |
![]() |
| Yang ni pulak sedang menyiapkan bahan untuk pengajaran. |
![]() |
| Ni bahagian yang paling stress. Eh! Tak la stress sangat. Sikit-sikit je. Haha. RPH ni, penting taw. |
Kalau sebelum ini, hanya teori yang kami pelajari di pusat pengajian. sekarang tiba masa untu amali pula.
BERBEZA!!!
Berhadapan dengan pelajar yang pelbagai ragam, ditambah pula dengan ceteknya pengalaman diri, tempoh awal di sini mengundang keluhan berat. Baru betul-betul merasai jerihnya menjadi pendidik.
Yang paling dirisaukan, takut tersalah bagi ilmu kepada murid-murid. Tak ke naya nanti?
Nak menjawab sampai ke liang lahad nanti.
Tapi tu la kan, alah bisa tegal biasa. Harapnya nanti kuatlah semangat untuk mendidik murid-murid di sini. Mereka belajar, kita juga belajar. Cuma perspektifnya yang berbeza.
Apa-apa pun, Majulah sukan untuk negara.
Eh..salah pulak. (^_^)
![]() |
| INGAT!!! |
Tanamkan dalam hati. Guru bukan sekadar pendidik, natijahnya lebih daripada itu.
Kitalah ibu, kitalah doktor, kitalah polis, kitalah juga yang menjadi peguam.
Serba-serbi kita ini. Kental...biar jitu semangat kita, memikul amanah yang diterima.
Kitalah ibu, kitalah doktor, kitalah polis, kitalah juga yang menjadi peguam.
Serba-serbi kita ini. Kental...biar jitu semangat kita, memikul amanah yang diterima.
(*_*)






.png)
No comments:
Post a Comment