Entry kali ini sekadar perkongsian dengan semua. Terutamnya buat mereka-mereka yang sedang berkasih sayang. Untuk mereka yang baru-baru nak menuju ke alam kasih sayang pun boleh jugak...
Selamat membaca... =)
Tips 1 : Terima si dia apa adanya...
Kalau kita sayangkan seseorang, terimalah dia seadanya. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan, sebab kita pun tak sempurna jugak kan. Sana sini ada kekurangan. So, terimalah setiap kekurangan yang ada pada pasangan kita dengan hati yang lapang. Insya-Allah, pasti kita akan melengkapi antara satu sama lain.
Tips 2 : Api dan air...
Haa.. ini perumpamaan je tau. Rasanya ni la yang paling penting dalam perhubungan. Saling bertolak ansur. Setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya. Bak kata pepatah Melayu, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia biasa. Andai kata berlaku perselisihan faham, bertenanglah. Kalau si dia marah, jangan kamu ikut marah sama. Jadilah air yang bisa memadamkan api kemarahan dihatinya. bila hati dah tenang, bawalah berbincang. Baru boleh setle masalah.
Tips 3 : Berbicara dengan lembut dan hormati dirinya...
Rasanya tips ini bukan untuk mereka yang berpasangan sahaja, tetapi untuk semua orang. Setiap tuutr bicara kita ni boleh menimbulkan 1001 perkara yang berbeza. Yang baik mahupun tidak. So, bagi yang wanita ni, bila berbicara biarlah bersopan. Terutama dengan si dia. Jangan asyik nak marah ataupun berkasar je tau. Hormati juga dirinya. Tak kisah la jika kamu lebih berpendidikan ataupun punya kerjaya yang bagus, hormat menghormati tu sangat penting. Setinggi mana pun kita, sebagai wanita dan juga isteri, suami tetap berada di atas selepas Yang Maha Pencipta dan Juga Rasulnya.
Tips 4 : Jadilah diri sendiri...
Bukan mudah untuk memastikan si dia membuka hatinya untuk kamu. Tetapi, tidak perlulah sampai sanggup berpura-pura dihadapannya semata-mata untuk menarik perhatian si dia. tidak perlu untuk mengaku kamu hebat dalam serba serbi jika hakikatnya kamu tidak begitu. Jujurlah kepadanya. Jadilah diri kamu sendiri. Jika si dia ikhlas dan benar-benar ditakdirkan untuk kamu, pasti si dia akan menerima kamu seadanya.
Tips 5 : Jangan lupa pada DIA yang maha berkuasa...
Dalam kita berbahagia mengulit rasa cinta yang ditumbuhkan dalam jiwa, jangan kita lupa untuk sentiasa berdoa dan memohon keberkatan daripada ALLAH s.w.t. Sebabnya, tanpa perancangan dari-Nya, setipa apa yang kita harapkan tak mungkin terjadi. Jika kamu sedang bahagia, bersyukurlah keada-Nya. Jika kamu derita, mengadulah kepada-Nya. Kerana lambaian CINTA dari-Nya sentiasa terbuka untuk kamu.
PS # Tips-Tips ni sekadar santapan mata sahaja =) Kalau setuju dengan admin, boleh la follow...
tq atas perkongsian yang baik ini.
ReplyDeleteSama-sama..Sekadar perkongsian semata-mata. =)
ReplyDelete