6 Golongan Wanita Yang Tidak Harus Dinikahi :
Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada golongan lelaki, sabdanya : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
Tahukah anda siapakah yang tergolong dalam enam golongan ini?
Pertama sekali ialah golongan Ananah, yakni wanita tidak bersyukur dengan apa yang ada padanya. Sering berbicara dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah suaminya lakukan untuk rumah tangga.
Keduanya ialah golongan Mananah. wanita yang tergolong dalam golongan ini merupakan wanita yang sentiasa mendabik dada dan menidakkan usaha serta perlakuan suami yang telah berkorban untuk rumahtangga. Selalunya golongan ini terdiri daripada wanita yang berpendidikan dan berkerjaya. Seterunya ialah golongan Hananah, yakni wanita yang menyatakan kecintaannya kepada suaminya yang lain( bekas suami). Wanita seperti ini sentiasa mengharapkan jodoh yang lebih baik dan tidak mensyukuri jodoh sedia ada. Golongan inilah yang mengkufuri nikmat perkahwinan dan juga merendahkan kemampuan suaminya.
Golongan wanita yang seterusnya ialah golongan Hadaqah, yakni wanita yang liar pandangan matanya kearah sesuatu barang lalu meminta serta memaksa suaminya memenuhi keinginannya, yang suka menunjuk-nunjuk dan juga suka membandingkan diri dengan orang lain.
Basaqah pula merupakan golongan wanita yang suka berhias, tetapi bukan untuk suaminya, sebaliknya untuk tatapan orang ramai dan suka dilambung dengan puji-pujian. Wanita dalam golongan ini juga apabila makannya gemar bersendirian dan telah diasingkan bahagiannya.
Dan yang terakhir ialah golongan Syadaqah, yakni golongan yang terlalu banyak bercakap dan hanya tahu mengkritik sehingga pekerjaannya tidak menjadi.
Oleh itu, bukalah mata kaum hawa sekalian. Bimbinglah diri sendiri untuk membentuk peribadi yang luhur. Kerana kadangkala keduniaan ini melalaikan kita. Sesungguhnya kita bukan insan yang sempurna tetapi setidak-tidaknya kita berusaha untuk mencapai kesempurnaan itu.
# Ps : Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang sering leka dan alpa dalam arus dunia.

nice sharing..Allahuakbar..subhannallah..")
ReplyDelete